Lebih 50 Rumah Di Senawang Rosak Dipukul Ribut - Semasa | mStar

Lebih 50 Rumah Di Senawang Rosak Dipukul Ribut

SEREMBAN: Lebih 50 buah rumah di Taman Satria di Senawang rosak dipukul ribut petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, sebahagian besar rumah tersebut rosak teruk setelah bahagian bumbung rumah diterbangkan ribut manakala yang lain rosak kecil di beberapa bahagian.

Seorang penduduk Mohamad Hasan, 67, berkata dia terkejut sebaik sahaja diberitahu oleh jiran rumah anaknya bahawa berlakunya kejadian ribut di kawasan itu.

Dia yang tinggal di Ampangan bergegas ke tempat kejadian berikutan anaknya yang tinggal di situ sedang bekerja.

"Ini pertama kali berlaku dan saya tengok banyak yang rosak dengan keadaan dalam rumah dipenuhi air. Tak tahulah berapa kos kerugian yang perlu ditanggung," katanya.

Nora Samsudin, 42, pula berkata dia dimaklumkan oleh anaknya melalui telefon bahawa bumbung rumahnya diterbangkan angin dan keseluruhan rumahnya dimasuki air hujan.

"Saya tengah kerja tiba-tiba anak saya telefon, jadi saya terus balik ke rumah dan melihat suasana kecoh di Taman Satria apabila ramai penduduk yang keluar.

"Sebelum ini memang pernah berlaku kejadian ribut di sini, tapi rumah saya tidak pernah kena. Harapan bantuan akan sampai kerana banyak yang perlu dibaik pulih dan dikemaskan," katanya.

Ketua Umno Cawangan Taman Satria, Mohd Ghazali Wahid berkata sememangnya taman perumahan itu pernah beberapa kali ditimpa kejadian yang sama.

"Tapi kali ini paling buruk kerana rumah yang terlibat lebih daripada 50 buah dan bangunan kemudahan taman juga rosak teruk. Barangkali kawasan taman ini agak tinggi menyebabkan beberapa kali berlaku kejadian ribut. Macam hari ini waktu hujan lebat, tapi sebelum ini pernah berlaku ketika cuaca baik," katanya.

Katanya pihaknya sudah memaklumkan kejadian itu kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Menteri Besar untuk mendapatkan bantuan bagi membaiki rumah yang rosak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Penulis Nota Tidak Dipastikan

default image

Masyarakat Siam Berterima Kasih Kepada PM

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain