Sidang Akhbar Rahimi Dihentikan Kerana Gangguan Penyokong Anwar - Semasa | mStar

Sidang Akhbar Rahimi Dihentikan Kerana Gangguan Penyokong Anwar

KLANG: Sidang akhbar oleh bekas pembantu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa dihentikan selepas diganggu sekumpulan lelaki sebaik sahaja bermula.

Semasa para wartawan sedang sibuk menunggu apa yang bakal diutarakan oleh Muhamad Rahimi Osman, di dalam satu bilik di sebuah restoran di sini kira-kira pada pukul 4.05 petang tadi, mereka dikejutkan dengan jeritan suara "Oi Sudahlah Rahimi Sudahlah" dan "Keluar, Keluar" berulang kali.

Kumpulan lelaki itu meminta Rahimi supaya menghentikan sidang akhbar itu dan tidak membuat dakwaan terhadap Anwar yang kini sedang dibicarakan di atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mereka juga mengambil kesempatan memburuk-burukkan Muhamad Rahimi, yang juga seorang ahli perniagaan, di hadapan media yang sedang menunggu kenyataan daripadanya.

Bagaimanapun, Rahimi kemudian mengambil keputusan untuk menghentikan sidang akhbar itu pada pukul 4.30 petang dan beredar daripada bilik itu yang bukan sahaja panas kerana gangguan daripada pihak luar tetapi kerana lebih daripada 30 pengamal media bersesak-sesak dalam bilik itu.

Pihak media yang khuatirkan keselamatan mereka turut bergegas keluar dan merasa lega apabila melihat beberapa anggota polis telah berada di luar restoran itu untuk mengawal keadaan.

Sementara itu, di luar restoran pembantu khas kepada Anwar mengenai kaum India Suresh Kumar berkata tindakan Muhamad Rahimi itu akan meningkatkan lagi tekanan kepada kes Anwar.

Bila ditanya kehadiran beliau pada hari ini sebagai penyokong Anwar, beliau berkata:"Sudah tentu, saya mahu lindungi Datuk Seri (Anwar), kami kenal Rahimi, saya kenal baik Rahimi dan (Mohd) Saiful."

Dia mendakwa Muhammad Rahimi mempunyai hubungan istimewa dengan Mohd Saiful.

Difahamkan Muhamad Rahimi memanggil sidang media itu untuk mengeluarkan kenyataan berkenaan laporan polis yang dibuatnya pada pukul 3 petang tadi terhadap dua akuan bersumpah yang ditandatanganinya mengenai kes liwat Anwar dan Mohd Saiful pada 2008.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yuspo ketika dihubungi mengesahkan bahawa Muhamad Rahimi membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Beliau tidak mengulas lanjut mengenai kandungan laporan itu tetapi mengesahkan ia mengenai surat akuan sumpah yang ditandatangani oleh Muhamad Rahimi.

Bagaimanapun, beliau berkata, laporan itu telah diserahkan kepada IPD Shah Alam kerana surat akuan bersumpah itu ditandatangani oleh Muhamad Rahimi di Hotel Quality, Shah Alam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain