suria

Pemandu Pelancong Bebas 26 Tuduhan Perdagangkan Orang

KLANG: Seorang pemandu pelancong dibebas dan dilepaskan daripada 26 pertuduhan memperdagangkan rakyat China yang berusia antara 15 dan 46 tahun, termasuk enam yang masih di bawah umur.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Slamat Yahya membuat keputusan itu pada Rabu, selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie untuk dijawab oleh Chin Fung Chu, 48, yang berasal dari Penampang, Sabah.

Keputusan itu dibuat selepas 26 saksi pendakwaan selesai memberi keterangan. Chin diwakili peguam M.J Ganesan. Pada 11 Ogos 2009. Chin didakwa untuk kali pertama di mahkamah atas kesalahan itu yang didakwa dilakukan pada 4 Ogos tahun yang sama di tempat letak kereta terbuka, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, dekat sini.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan mengikut Akta Anti Memperdagangkan Orang 2007.

Semasa Chin ditangkap, semua 26 individu yang terdiri daripada 17 lelaki dan sembilan perempuan difahamkan telah tinggal di sini selama seminggu dan akan bertolak ke Brazil.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

24 Rumah rosak Dilanda Ribut

Artikel Lain