suria

Empat Lelaki Ditahan, 49 Kes Curi Motosikal Dijangka Selesai

KAJANG: Sebanyak 49 kes kecurian motosikal yang berlaku di sekitar daerah Kajang tahun ini dijangka selesai setelah polis menahan empat lelaki termasuk seorang pemilik bengkel motosikal dalam tangkapan berasingan di Batu 18, Hulu Langat, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner (ACP) Mohd Shakaruddin Che Mood berkata keempat-empat lelaki berumur 20 hingga 23 tahun itu dibekas selepas polis merampas sembilan motosikal dan 14 komponen enjin motosikal yang telah dileraikan bagi tujuan untuk dijual.

"Kita menahan lelaki pertama iaitu pemilik sebuah bengkel motosikal di bengkelnya di Kampung Jawa, Hulu Langat pada 6.30 pagi 1 Okt lepas sebelum tiga yang lain ditahan hari berikutnya.

"Setelah disiasat, mereka didapati menjual enjin motosikal kepada pelanggan dengan harga yang tinggi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Shakaruddin berkata dengan tangkapan terbaru ini, polis dapat mengurangkan kadar kecurian motosikal di daerah Hulu Langat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

24 Rumah rosak Dilanda Ribut

Artikel Lain