suria

Edar Dadah: Penjual Ikan Diarah Bela Diri

KUALA LUMPUR: Seorang penjual ikan warga Aceh, Indonesia diarahkan membela diri atas tuduhan mengedar ganja seberat 1.8 kilogram yang didakwa dilakukannya tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Sofian Tan Sri Abd Razak membuat keputusan itu pada Rabu, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie untuk dijawab oleh tertuduh, Zolfianni Ismail.

Zolfianni, 24, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 7.30 malam, 11 April 2007 di kawasan tepi jalan menghala ke Lebuh Raya Karak, dekat Taman Pelangi, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Faizah Mohd Salleh.

Mohd Sofian pada penghakimannya berkata, tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan terhadap dadah tersebut yang dibalut dengan kertas timah dan pelekat berdasarkan keterangan pegawai polis yang menahan tertuduh.

Secara keseluruhan, Mohd Sofian mendengar keterangan yang diberikan oleh sembilan saksi pendakwaan sebelum membuat keputusan itu.

Peguam Nik Muhammad Ikhwan Nik Mahamud yang mewakili tertuduh memberitahu, anak guamnya berhasrat untuk memberikan keterangan secara bersumpah dalam pembelaannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

24 Rumah rosak Dilanda Ribut

Artikel Lain