suria

Dua Beranak Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh

IPOH: Polis menahan seorang lelaki dan anaknya bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang penjaga tempat letak kereta di Jalan Panggung Wayang, Bidor 85 km dari sini dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Tapah Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata lelaki berusia 37 itu dan anak lelakinya berusia 16 tahun ditahan 5 pagi di rumah mereka di pekan Bidor.

Dalam kejadian pada pukul 11.45 malam itu, M. Chandran, 37, ditemui berlumuran darah di bahagian muka dan dibawa ke Hospital Tapah tetapi meninggal dunia dua jam kemudian.

"Siasatan mendapati mangsa berkemungkinan dipukul dengan batu," kata Roslan.

Orang awam yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu diminta untuk menyalurkan maklumat kepada polis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

24 Rumah rosak Dilanda Ribut

Artikel Lain