suria

Penyokong Desak Kulasegaran Keluar DAP

IPOH: Sekumpulan penyokong DAP pada Rabu mengadakan satu demonstrasi di sini bagi mendesak Timbalan Pengerusi DAP Perak M. Kulasegaran supaya keluar daripada parti itu.

Seorang 20 anggota Pemuda DAP berketurunan India berkumpul di hadapan pejabat DAP negeri di Medan Istana di sini membawa beberapa sepanduk menyatakan sokongan kepada Kulasegaran selain mengecam kepimpinan DAP Perak.

Jurucakap kumpulan itu, Azman Mubarak, 24, berkata seramai 300 anggota DAP dari Buntung di sini sedia mengikuti Kulasegaran yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat itu meninggalkan DAP kerana kecewa dengan kepimpinan negeri yang menyisihkan Kualasegaran dan penyokong keturunan India.

Seorang lagi anggota DAP, Alex Raj, 22, berkata perhimpunan itu bagi menyuarakan sokongan kepada Kualasegaran serta mengutuk Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham kerana didakwa mengamalkan nepotisme dan kronisme dalam memimpin DAP Perak.

"Kami penyokong keturunan India berasa ditipu oleh DAP. Mereka hanya memerlukan undi kami pada pilihan raya," katanya.

Kulasegaran kini berada di Nepal dan dijangka pulang selepas seminggu.

Terdapat laporan bahawa berlaku perbalahan antara beliau dan Ngeh serta Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming sehingga Kulasegaran mengugut untuk meletak jawatan. - BERNAMA

Artikel Lain