Khalid Umum Jawatan Tertinggi PKR Yang Bakal Ditandingi Ahad Ini - Semasa | mStar

Khalid Umum Jawatan Tertinggi PKR Yang Bakal Ditandingi Ahad Ini

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan mengumumkan jawatan tertinggi yang bakal ditandingi Ahad ini bagi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bulan depan.

Katanya, beliau akan memutuskan jawatan yang akan ditandingi selepas kepulangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Barcelona, Sepanyol dan New York, pada hari tersebut.

"Saya juga akan bermusyawarah dengan pemimpin tinggi parti dan pemimpin Pakatan Rakyat sebelum membuat pengumuman," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya di Seksyen 7 di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau telah mendapat restu daripada Anwar dan presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk bertanding pada pemilihan itu.

Khalid, yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, juga kecewa dengan beberapa insiden kekecohan pada pemilihan peringkat cabang baru-baru ini dan menganggap tindakan itu bercanggah dengan semangat tulen parti tu.

PKR menetapkan Ahad ini sebagai tarikh akhir bagi pencalonan. Pemilihan bagi jawatan tinggi parti akan diadakan dari 31 Oktober hingga 21 November ini manakala kongres kebangsaan parti pada 26 hingga 28 November. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Koh Tolak Peletakan Jawatan Keng Yaik

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut