suria

Hamim Bukan Timbalan Pengarah BTN

KUALA LUMPUR: Jawatan Hamim Husin dalam Biro Tata Negara (BTN) bukan sebagai Timbalan Pengarah seperti yang dilaporkan oleh media.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat BTN hari ini jawatan sebenar Hamim ialah Penolong Pengarah BTN Wilayah Persekutuan dan beliau merupakan pegawai yang dilantik secara kontrak.

Hamim baru-baru ini didakwa oleh portal berita "Malaysian Insider" sebagai mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam satu majlis anjuran Puteri Umno pada 27 September lepas.

Hamim telah menafikan dakwaan itu dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Sentul semalam terhadap Malaysian Insider dan seorang wartawannya. -BERNAMA

Artikel Lain