suria

Kerajaan Sedia Lancar Tujuh Projek Di Bawah ETP, Kata Najib

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia melancarkan tujuh projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

"Kami telah bersedia melancarkan tujuh projek awal yang saya akan mengumumkan tidak lama lagi. Terdapat beberapa projek utama yang akan menyediakan pemangkin besar untuk pasaran dan ekonomi," kata beliau pada Forum Kepimpinan Asean 100 di sini.

Tujuh projek itu merupakan sebahagian daripada 131 projek permulaan yang dikenal pasti di bawah pelan tindakan yang akan dilaksanakan dalam masa 10 tahun akan datang.

Najib berkata cadangan rangkaian transit aliran berkapasiti tinggi di bawah ETP akan mempunyai kesan yang besar terhadap ekonomi apabila projek itu bermula.

"Jika kita mempunyai projek sedemikian, ia akan menambah 0.6 hingga 0.7 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK)," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan.

ETP bertujuan meningkat pendapatan negara kasar Malaysia (GNI) kepada RM1.7 trilion dan mewujudkan kira-kira tiga juta pekerjaan menjelang 2010.

ETP memerlukan RM1.4 trilion, di mana 92 peratus daripada pelaburan swasta. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain