suria

Warga Emas Hilang Selepas Terjatuh Ke Laut Ketika Ikuti Pelayaran Kapal Mewah

GEORGE TOWN: Seorang warga emas hilang selepas terjatuh ke dalam laut semasa mengikuti pelayaran bersama kapal persiaran Star Pisces, ketika kapal itu berada di kedudukan kira-kira lima batu nautika utara Teluk Bahang di sini Isnin.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata operasi mencari Chan Chin Seng, 61, yang berasal dari Pulau Pinang yang hilang dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu sedang digiatkan.

Menurutnya operasi mencari Chan dijalankan oleh APMM, Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang serta Jabatan Pertahanan Awam Pulau Pinang.

"Sehingga kini warga emas itu masih belum ditemui dan kawasan pencarian ditumpukan di kawasan utara Teluk Bahang hingga ke Kuala Muda," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain