Polis Tahan Dua Lelaki Termasuk Warga Nigeria Dan Rampas Ganja - Semasa | mStar

Polis Tahan Dua Lelaki Termasuk Warga Nigeria Dan Rampas Ganja

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang rakyat Nigeria dan merampas 1,100 gram ganja bernilai RM11,000 di hadapan sebuah hotel di Jalan Alor, di sini, Ahad.

Ketua Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur ACP Kang Chez Chiang berkata warga Nigeria berumur 27 dan lelaki tempatan berumur 34 tahun itu dipercayai sedang menunggu pelanggan semasa ditahan pada kira-kira pukul 7 petang.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui satu ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja yang diisi dalam satu kotak makanan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) di sini, Isnin.

Beliau berkata warga Nigeria itu merupakan pelajar jurusan Pentadbiran Perniagaan di sebuah kolej swasta yang memasuki Malaysia sejak 2007, manakala lelaki tempatan itu pula adalah pengawal keselamatan di kolej yang sama.

"Lelaki tempatan itu mempunyai tiga rekod jenayah termasuk samun serta curi dan pemeriksaan awal mendapati beliau positif dadah jenis ganja," katanya.

Kang berkata polis percaya mereka menjalankan kegiatan mengedar dadah antara tiga hingga enam bulan lepas, dan mereka beroperasi di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata kedua-dua mereka ditahan reman selama lima hari bermula hari ini dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Menurutnya pada 12 Ogos lepas polis menahan dua lelaki serta seorang wanita Nigeria dan merampas dua kilogram ganja, manakala pada 21 Ogos pula polis menahan seorang lagi lelaki Nigeria dan merampas lima kilogram ganja darinya.

"Tangkapan semalam merupakan tangkapan ketiga ke atas warga Nigeria yang terlibat dalam pengedaran dadah jenis ganja di sekitar Lembah Klang sejak dua bulan lepas dan kesemua kes membabitkan pelajar kolej swasta," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?