suria

Pemandu Maut Jentolak Tercampak Dalam Lombong Di Ipoh

IPOH: Seorang pemandu jentolak terbunuh selepas jentera itu tercampak ke dalam lombong semasa dia sedang meratakan tanah berhampiran kawasan lombong tinggal di Taman Pengkalan Timur, Pasir Puteh di sini, Isnin.

Mangsa ialah Kow Piang Kin, 54, dari sini. Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata kejadian berlaku pada pukul 9.45 pagi apabila Kow dikatakan gagal mengawal jentolak tersebut dan dia turut tercampak ke dalam lombong.

"Beberapa orang cuba membantu Kow tetapi dia didapati sudah mati sebaik dinaikkan ke darat. Mangsa mati dipercayai lemas selain ditimpa oleh jentolak," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain