Modul BTN Tiada Unsur Rasis - Semasa | mStar

Modul BTN Tiada Unsur Rasis

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah membenarkan sebarang perbuatan berbaur perkauman yang boleh mengguris perasaan kaum lain dilakukan dalam kursus Biro Tata Negara (BTN).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kerajaan telah mengeluarkan garis panduan jelas dan modul yang bersesuaian untuk kursus tersebut malah peringatan turut diberikan kepada semua pegawai BTN mengenai perkara itu.

Katanya, tujuan utama kursus itu diadakan adalah untuk memupuk perasaan cintakan negara dan bukannya memecah-belahkan antara masyarakat negara ini.

"Kerajaan tidak pernah membenarkan sebarang perbuatan yang menghina kaum lain di negara ini malah telah banyak kali diberi peringatan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sepatutnya isu ini tidak timbul.

"Peringatan telah diberikan kepada semua pegawai BTN supaya tidak melakukan atau menyentuh isu-isu berbaur perkauman yang boleh mengguris perasaan kaum lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan di sini, Isnin.

Nazri berkata, beliau difahamkan kes yang berlaku baru-baru ini langsung tidak ada kena-mengena dengan modul yang digunakan tetapi melibatkan individu.

Katanya lagi, siasatan sedang dijalankan dan berharap pihak berkuasa akan melakukan siasatan secara terperinci mengenai perkara itu.

"Tindakan tegas akan diambil sekirannya dakwaan terhadap pegawai tersebut adalah benar," ujarnya.

Nazri mengulas laporan laman sebuah portal yang melaporkan bahawa seorang pegawai kanan BTN telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada sesi tertutup dengan Pergerakan Puteri UMNO pada 27 September lalu.

Berikutan laporan itu, Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat perkara itu terlebih dahulu sebelum tindakan susulan diambil.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai Namewee yang didakwa ingin berjumpa dengannya bagi memohon maaf, Nazri berkata, pegawainya ada menerima panggilan daripadanya dan beliau telah bersetuju untuk bertemu dengannya.

"Oleh sebab itu saya ingin memanggil media dan membuat satu sidang media khas supaya dia boleh meminta maaf kepad seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Bagaimanapun menurut Nazri, ketika pegawainya menghubungi kembali mengenai perkara itu, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee enggan memohon maaf dan hanya menyatakan hasrat untuk menyokong 1Malaysia.

"Jadi buat apa lagi saya nak berjumpa dengannya jika dia enggan memohon maaf kepada rakyat Malaysia?," ujarnya.

Beliau berkata, masalah yang melibatkan lelaki berusia 27 tahun itu bukan lagi mengenai perkauman tetapi kepada negara kerana telah memperolok-olokkan lagu kebangsaan, Negaraku.

"Semua kaum di negara ini patut marah apabila lagu kebangsaan dipermain-mainkan kerana ia satu penghinaan terhadap rakyat Malaysia dan bukan kepada orang Melayu sahaja," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?