suria

Khalid Pertahan Jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kuala Selangor dengan majoriti 424 undi.

Bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor itu mendapat 772 undi menewaskan dua pencabar lain iaitu ahli biasa yang juga bekas guru, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah (348) dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang itu, Mazli Saring (122).

Sementara itu bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dimenangi K. Tanarshu (421 undi), Lim Lai Seng (449 undi) sebagai Naib Ketua, Ketua Wanita, Mariana Abdullah (227 undi) dan M. Rajendran (204 undi) sebagai Ketua AMK.

Sebelum ini PKR cabang Kuala Selangor dibawah pimpinan Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu dianggap 'lumpuh' setelah 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya meletak jawatan kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Seramai 6,123 ahli PKR Cabang Kuala Selangor layak mengundi pada kali ini.

Artikel Lain