suria

Kelasi Kapal Miliki Dadah Dipenjara 4 Tahun

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini Isnin, memerintahkan seorang kelasi kapal dari Dubai menjalani hukuman penjara selama empat tahun setengah selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki hampir lima kilogram ketamin, tahun lalu.

Hakim Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu terhadap P. Manoj dan memerintahkan supaya hukuman bermula dari tarikh ditangkap.

Manoj yang merupakan warga India didakwa memiliki 5.315 kilogram dadah tersebut pada pukul 2.15 petang, 22 Februari 2009 di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, dekat sini.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Kastam Diraja Malaysia, Gan Peng Kun megikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Peguam V.Aravindhaksan yang mewakili Manoj dalam rayuannya, memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman yang rendah memandangkan dia kini menghidap penyakit kencing manis.

Artikel Lain