suria

Pertelingkahan Antara Kulasegaran Dan Ngeh-Nga Diketahui Umum

IPOH: DAP Perak terjerumus dalam krisis ekoran tindakan Ahli Parlimen Ipoh Barat daripada DAP, M.Kulasegaran mengancam untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi DAP negeri.

Ini kerana Kulasegaran tidak sebulu dengan kepimpinan DAP negeri diterajui Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming.

Bagaimanapun, beliau dihubungi pucuk pimpinan parti supaya menangguhkan hasratnya itu dan memikirkan semasak-masaknya semasa bercuti di luar negara.

Lain-lain perkembangan semalam:

> Kulasegaran menulis dalam laman Twitter mencabar berdebat dengan Ngeh.

> Ngeh kritik Kulasegaran atas tindakan melampiaskan ketidakpuasannya kepada umum.

> Ahli Parlimen Jelapang, Datuk Hee Yit Foong berkata, beliau bersimpati dengan Kulasegaran dan memahami keadaan Kulasegaran.

Artikel Sebelum

Artikel Lain