suria

Semua Permit, Lesen Hidupan Liar Wong dan Isteri Dibatal

KUALA LUMPUR: Kesemua lesen perniagaan dan permit khas yang dimiliki penyeludup hidupan liar, Anson wong dan isterinya, Cheah Bing Shee telah dibatalkan.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan memberitahu, Menterinya mengambil keputusan untuk membatalkan permit dan lesen itu pada 22 September lalu.

Katanya, permohonan baru daripada Cheah untuk mendapatkan permit hidupan liar turut ditolak.

Kementerian itu berkata, Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan mengambil langkah merampas kesemua haiwan yang masih dalam jagaan pasangan terbabit.

Wong, yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 26 Ogos lalu ketika dalam transit dari Pulau Pinang ke Jakarta, dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM190,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang pada 6 September lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain