suria

Polis Taiping Rampas 930 Gram Heroin Dari Dua Kelindan Lori

TAIPING: Polis menahan dua lelaki berusia 24 dan 27 tahun dan merampas dadah jenis heroin seberat 930 gram bernilai RM50,000 di sebuah rumah di Taman Tekah di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah berkata kedua-dua lelaki itu yang bekerja sebagai kelindan lori ditahan pada 1.00 tengah hari.

Polis turut merampas wang tunai RM4,368, tiga telefon bimbit, alat penimbang, alat pengering, barang kemas dan beberapa kad ATM.

Yusof berkata polis turut menyita sebuah kereta Perodua Myvi dan tiga buah motosikal yang nilai keseluruhannya berjumlah RM57,000.

Kedua-dua lelaki berkenaan didapati melakukan kerja membungkus dadah tersebut sebelum diedarkan kepada pembeli di sekitar Taiping dan kawasan berhampiran.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain