suria

Muhyiddin Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Sabah

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena ulang tahun ke-64 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah hari ini.

Beliau adalah antara tiga penerima darjah kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran 'Datuk Seri Panglima'.

Turut menerima darjah kebesaran tertinggi negeri itu ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Donald Peter Mojuntin pula mengetuai senarai 52 penerima anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Turut menerima anugerah PGDK ialah anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam Johnny Goh, Justin Guka (ADUN Bingkor), Pengarah Pelajaran Sabah, Dr Muhiddin Yussin, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah, Abd Jaffear Henry, Presiden Persatuan Jururawat Sabah, Bibi Florina Abdullah.

Ketua UMNO Sepanggar Jumat Idris, Penasihat Teknikal Tabung Alam Sedunia (WWF) bagi Program Borneo, Dr Junaidi Payne, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah, Mariati Robert Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif POIC Sdn Bhd, Dr Pang Teck Wai, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Siti Sapoo Ahok, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri, Matius Sator dan pengacara majlis terkenal Sabah, Gan Po Tiau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain