suria

Kulasegaran Batal Sidang Akhbar

IPOH: Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran yang sepatutnya mengadakan sidang akhbar bagi menyuarakan rasa tidak puas hatinya ke atas pimpinan DAP negeri, membatalkan hasratnya itu pada saat-saat akhir.

Beliau yang turut dijangkakan mengumumkan peletakan jawatannya dalam DAP negeri, memberitahu pemberita di sini Sabut, bahawa pucuk pimpinan parti telah menghubunginya supaya menangguhkan hasratnya itu.

Beliau dikatakan akan bercuti di luar negara dalam masa terdekat.

Cakap-cakap semakin tersebar bahawa Kulasegaran tidak sebulu dengan kepimpinan DAP negeri diterajui Ngeh-Nga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain