suria

500 Warga Indonesia Berkumpul Bantah Tindakan Bendera

KUANTAN: Kira-kira 500 warganegara Indonesia di sini dan Temerloh pada Jumaat berhimpun secara aman bagi membantah tindakan sekumpulan rakyat negara itu yang dikenali menamakan diri 'Bendera' yang beberapa kali berdemonstrasi di hadapan pejabat kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata di Kuantan, kira-kira 300 rakyat Indonesia berhimpun secara aman di Raman Kerang pada kira-kira pukul 11.30 pagi bagi menyuarakan pandangan mereka.

Beliau berkata kumpulan itu berkumpul bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap demonstrasi yang dibuat oleh beberapa pihak, termasuk kumpulan Bendera, di hadapan pejabat kedutaan Malaysia di Indonesia sejak kebelakangan ini.

Kumpulan itu membawa beberapa sepanduk yang tertera kata-kata: "Kami hidup aman di sini, Bendera jangan ganggu kami" dan "Malaysia-Indonesia, kami adalah serumpun"; dan mereka berkumpul kira-kira 20 minit sebelum bersurai selepas diarahkan polis. "Itu hak mereka, kebetulan hari ini hari Jumaat, mungkin mereka gunakan pelepasan sementara untuk tujuan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu di Temerloh, Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood ketika dihubungi berkata lebih 200 warga Indonesia berkumpul di Perhentian Bas Lurah Semantan pada pukul 11 pagi bagi tujuan sama, dan mereka bersurai kira-kira 20 minit kemudian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wanita Maut Rempuh Babi Hutan

Artikel Berikut

Artikel Lain