suria

Mulai Tahun Depan Semua Produk Berasaskan Makanan Perlu Tepati 3P

KOTA BAHARU: Mulai 1 Januari tahun depan, semua produk berasaskan makanan yang dipasarkan di dalam negara dan dieksport perlu menepati syarat 3P iaitu Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan.

Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Abdul Wahid Mat Radzi berkata bagi produk yang dikeluarkan dalam negara untuk pasaran tempatan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, tempoh penguatkuasaannya dilanjutkan pada 1 Julai tahun depan.

Beliau berkata peraturan 3P itu memerlukan semua pengeluar, pengedar, pengeksport dan pengimport memastikan barangan mereka menepati kehendak pasaran global agar produk yang dikeluarkan berada dalam keadaan baik.

"Begitu juga dengan produk yang hendak dibawa masuk ke dalam negara perlu menepati 3P," katanya pada majlis perasmikan Seminar Peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan anjuran Fama Kelantan di sini Khamis. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain