suria

Program Putrajaya Bandar Mesra Belia Sabtu Ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan Program Putrajaya Bandar Mesra Belia 2010/2011 di sekeliling Menara KBS, Presint 4, Putrajaya pada Sabtu dan Ahad ini.

Menurut satu kenyataan KBS di sini hari ini, program ini dilaksanakan sejajar dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan Putrajaya sebagai Bandar Mesra Belia. Pelbagai acara diatur untuk program itu, antaranya "sesi jamming -pertandingan kugiran", 40 gerai 'indie market', lorong seni (persembahan dan demonstrasi teater, tarian dan pencarian bakat di bidang tertentu, pameran kereta, pertandingan kereta kawalan jauh dan sukan bermotor seperti go-kart.

Mereka yang berminat untuk menyertainya hendaklah menghubungi pihak sekretariat di talian 013-3479063, 019-2025262 (Mohd Nadzri Yaacob) atau 017-3880165.

Program ini merupakan program awalan untuk Himpunan Sejuta Belia-Putrajaya 2011 yang akan bermula dari 27 hingga 29 Mei tahun depan, menurut KBS. - BERNAMA

Artikel Lain