Penerjun Wanita Australia Maut, Payung Gagal Berfungsi - Semasa | mStar

Penerjun Wanita Australia Maut, Payung Gagal Berfungsi

ALOR SETAR: Seorang penerjun wanita dari Australia maut selepas payung terjunnya tidak berfungsi semasa melakukan latihan terjun dari puncak Menara Alor Setar di sini hari ini.

Tantiky Lie Marion, 42, dikatakan menjalani latihan penerjunan di menara itu bersama beberapa lagi penerjun termasuk penerjun daripada Malaysia apabila kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang tadi.

"Semasa mangsa membuat terjunan, payung terjun mangsa dilihat gagal berfungsi menyebabkan dia jatuh terhempas dan meninggal di tempat kejadian.

"Walaupun payung terjunnya gagal berfungsi, saya tidak mendengar dia menjerit atau meminta tolong," kata seorang saksi di tempat kejadian, Zaidi Zainal Abidin, 41.

Marion dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Zaidi berkata beliau juga melihat penerjun pertama iaitu seorang wanita gagal mendarat dengan sempurna menyebabkan payung terjunnya tesangkut pada tiang lampu tetapi wanita berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pengurus Besar Menara Alor Setar, Mazlan Mahmud mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Pembantu Teknik Kanan MARA Didakwa Terima Rasuah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain