suria

Najib Gesa Amal Kesederhanaan Perangi Ekstremis

NEW YORK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan sulungnya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, tiba masanya dunia untuk mewujudkan kembali agenda keamanan dan pragmatik.

Beliau berkata, terdapat satu usaha untuk menghapuskan ekstremis dengan menggerakkan kesederhanaan global dan ia perlu dilakukan bersama oleh semua negara.

Tambahnya, ekstremis itu begitu taksub dan sikap bias mereka maka semua negara seharusnya memilih kesederhanaan bagi memerangi golongan itu.

“Sekali lagi ingat saya katakan, kita perlu segera mengembalikan maruah dan martabat untuk semua.

“Kita seharusnya memilih rundingan berbanding konfrontasi. Kita seharusnya memilih untuk bersatu dan bukan menentang antara satu salam lain dan kita perlu memberi keutamaan dalam usaha ini kerana masa tidak menyebelahi kita,” katanya.

Najib berkata, Malaysia mengambil perhatian tindakan pihak tertentu berhubung beberapa perkara berkaitan Islamphobia serta usaha menyemarakkan lagi memecah belah dunia Islam.

"Percubaan itu telah menyinggung satu setengah bilion umat Islam di seluruh dunia dan boleh memecah belah dunia Islam yang luas dan dunia barat,” katanya.

“Isu sebenar bukan antara umat Muslim dan bukan Muslim tetapi antara kesederhanaan dan ekstremis di kalangan semua agama sama ada Islam, Kristian atau Judaisme,” ujarnya.

Dalam pada itu, Najib turut menyentuh mengenai kumpulan American Evangelical Christian yang gigih menghalang ancaman membakar al-Quran apabila tindakan itu menunjukkan bukan Kristian.

“Ini merupakan satu contoh jelas boleh dicapai apabila kesederhanaan dalam setiap kepercayaan bagi mengatasi ekstremis ini yang mahu merampas nilai sejagat dalam agama kita,” katanya.

Beliau turut memberi pandangan mengenai Presiden Obama dan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg kerana menyuarakan terhadap sokongan membina Cordoba House yang akan menempatkan masjid dan pusat komuniti antara agama berhamporan bekas tapak World Trade Centre.

“Kita perlu menyokong inisiatif Cordoba, satu organisasi yang memfokuskan keamanan, kefahaman dan kesederhaan bagi Muslim dan bukan Muslin serta di kalangan komuniti Muslim,” katanya.

Dalam ucapan itu juga Najib berkongsi dengan ketua kerajaan di PBB bahawa walaupun Islam merupakan agama rasmi di Malaysia tetapi agama lain seperti Budha, Kristian dan Hindu turut dihormati dengan meraikan perayaan dan cuti sebagai acara kebangsaan.

“Keseimbangan ini mendorong kepada kesederhanaan atau wasatiyyah mengikut tradisi Islam demi keamanan dan keadilan.

“Bagi mengukuhkan lagi perpaduan negara, saya memperkenalkan falsafah 1Malaysia iaitu satu wawasan yang menghimpunkan semua dalam hubungan yang harmoni.

“1Malaysia merupakan satu penerimaan untuk perpaduan lebih besar dan mengukuhkan lagi kekuatan strategik dan keharmonian dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa,” katanya.

Artikel Lain