suria

Lelaki Menyamar Sebagai Anggota Polis Bukit Aman Ditahan

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai seorang anggota polis dari ibu pejabat Polis Bukit Aman bagi tujuan menipu, ditahan di sekitar daerah Kluang, Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, penipu berumur 31 tahun itu ditahan selepas cuba memperdaya seorang lelaki dengan meminta bayaran RM50,000.

Beliau berkata, penipu itu bertindak dengan mendakwa kononnya lelaki berkenaan terbabit dengan kegiatan 'black money' dan perlu membayar RM10,000 sebagai 'penyelesaian'.

Bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini beliau berkata penipu itu ditahan semasa mengeluarkan wang RM10,000 di sebuah bank.

Menurutnya, lelaki yang dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya empat kes menyamar dan menipu itu kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain