suria

Umno Kelantan Bawa Usul 'Melayu Hilang Kuasa' Pada Perhimpunan Agung Umno

BACHOK: Umno Kelantan akan membawa isu mengenai kemungkinan orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pentabdiran negara pada Perhimpunan Agung Umno bulan depan.

Timbalan Penegrusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata peringatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara itu perlu dipandang serius dan diketengahkan.

Oleh yang demikian, Umno Kelantan akan mengadakan konvensyen pada 15 Oktober bagi membincangkan topik itu dan mengeluarkan resolusi untuk dikemukakan kepada Umno pusat untuk dibincangkan pada perhimpunan agung parti nanti, katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Jumaat lepas Dr Mahathir antara lain berkata orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara pada pilihan raya umum kelak.

Dr Awang yang juga Timbalan Menteri Kewangan dan anggota Majlis Tertinggi Umno berkata isu itu sepatutnya diberi perhatian oleh seluruh orang Melayu kerana ia merupakan jatuh dan bangun orang Melayu pada masa hadapan tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain