Polis Tahan Buruh Myanmar, Indonesia Bergaduh Kerana Ludah - Semasa | mStar

Polis Tahan Buruh Myanmar, Indonesia Bergaduh Kerana Ludah

KUALA TERENGGANU: Polis menahan sembilan buruh warga Myanmar dan seorang Indonesia yang didapati bergaduh di tapak pembinaan kampus Universiti Tenologi Mara (UiTM) Bukit Besi Dungun, Sabtu.

Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati buruh Indonesia terhadap tindakan seorang lelaki Myanmar yang dikatakan meludah berhampirannya sehingga menyebabkan berlaku pertengkaran dan pergaduhan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri K. Manoharan berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi semalam di mana seorang lelaki Myanmar berumur 23 tahun mengalami kecederaan di tangan kiri manakala seorang lagi turut cedera ringan dipercayai ditetak oleh lelaki Indonesia.

"Mereka dipercayai ditetak dengan senjata tajam dan kini mangsa yang cedera itu menerima rawatan di Hospital Dungun," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Katanya polis, yang bergegas ke tempat kejadian, mendapati kumpulan lelaki Indonesia itu melarikan diri ke dalam hutan setelah mereka dikejar dan diserang oleh rakan-rakan lelaki dari Myanmar itu.

Manoharan berkata tiga lelaki Indonesia dilaporkan cedera setelah pergaduhan sekali lagi berlaku di dalam hutan itu.

Berikutan itu, kata Manoharan polis menahan kumpulan buruh berkenaan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh bagi membantu siasatan serta merampas senjata termasuk beberapa batang besi di tempat kejadian.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.