suria

Lapan Bot Nelayan Tempatan Ditahan Dalam Ops Hulubalang

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perikanan Malaysia telah menahan lapan buah bot nelayan tempatan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Hulubalang Bersepadu di perairan negeri Terengganu dan Kelantan selama enam hari bermula Selasa lalu.

Pengarah Bahagian Perlindungan Sumber Thalathiah Saidin berkata lima buah bot didapati melakukan kesalahan menggunakan krew warga asing manakala tiga bot menggunakan rawai umpan kurang 30 batu nautika dari pantai serta tidak membawa lesen ketika diperiksa.

"Kesemua bot nelayan itu berpangkalan di Tok Bali dan Kuala Kemasin, Bachok, Kelantam," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata tujuan utama operasi itu diadakan adalah bagi menjaga kebajikan nelayan tempatan selain mengingatkan mereka tidak memasuki perairan negara asing.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain