suria

Reman Suspek Kes Ugut Isteri Jutawan India Dilanjut Enam Hari Lagi

SEPANG: Tempoh tahanan reman dua suspek kes ugut isteri jutawan dari India, Allal Kathan Muturaja yang dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini, dilanjutkan enam hari lagi oleh Mahkamah Majistret Litar di sini, Sabtu.

Majistret Hurman Hussain membenarkan permohonan polis berhubung perkara itu bagi membolehkan kedua-dua suspek membantu siasatan kes mengugut isteri jutawan itu yang juga warganegara India, S.Usharani, 27. Ini merupakan kali kedua tempoh tahanan reman mereka dilanjutkan.

Kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan perbuatan mengugut Usharani bagi memperoleh wang RM100,000 sebagai pendahuluan 10 peratus daripada RM1juta yang kononnya bagi membebaskan Muturaja, 34.

Mereka yang memakai baju lokap berwarna oren, dibawa ke mahkamah pada 9.30 pagi. Turut kelihatan peguam yang mewakili kedua-dua lelaki itu, Chelvarajan R. Suppiah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain