Kuasa Melayu Boleh Hilang Atas Faktor - Rais - Semasa | mStar

Kuasa Melayu Boleh Hilang Atas Faktor - Rais

KUALA LUMPUR: Ingatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara sekiranya pembangkang berjaya memerintah negara adalah benar berasaskan fakta politik, rekod pemerintahan dan Perlembagaan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya, politik ialah bilangan iaitu siapa yang mempunyai majoriti akan diharap untuk menerajui pimpinan dan kerajaan manakala realiti yang tidak boleh dinafikan ialah sesebuah negara itu diperintah mengikut rekod serta tuntutan Perlembagaan.

"Apa yang dizahirkan oleh Tun Dr Mahathir bahawa sekiranya pihak-pihak pembangkang yang berselera tajam sekarang memerintah orang Melayu akan hilang kuasa adalah satu kebenaran.

"Kenyataan itu saya nilaikan sebagai satu ingatan yang sangat tajam dan setiap orang yang bernama orang Melayu harus berfikir dan sekiranya tidak (berfikir) janganlah nanti disalahkan orang lain," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir itu pada sidang media selepas menjadi tetamu bicara khas penghayatan Rukun Negara bersama Radio Klasik Nasional di Wisma Angkasapuri di sini, Jumaat.

Hadir sama Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahya.

Dalam wawancara khas yang dipetik daripada laman web www.umno-online.com Dr Mahathir juga dilaporkan berkata, jawatan sebagai Perdana Menteri di negara ini bukan 'dikhaskan' buat orang Melayu atau beragama Islam sahaja sebaliknya ia tertakluk kepada sokongan rakyat ke atas seseorang pemimpin.

Katanya, undang-undang dan Perlembagaan juga tidak mampu menghalang orang Cina atau India untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya mempunyai sokongan.

Dr Rais berkata, atas faktor tersebut beliau sependapat dengan Dr Mahathir bahawa sebagai penduduk majoriti di negara ini orang Melayu harus beranggapan bahawa kuasa itu tidak seharusnya hilang dari tangan mereka.

"Jadi, kalau anggapan itu sudah tidak lagi dipakai, maka orang Melayu sendiri akan menerima padahnya dan mereka harus menerima di masa akan datang mungkin jawatan Perdana Menteri bukan lagi milik orang Melayu.

"Mungkin apa yang dirasai oleh Raja-Raja Melayu dan diterima oleh orang-orang Melayu juga tidak lagi berada di tahap yang ada sekarang," katanya.

Berhubung tindakan pembangkang yang merasakan semua kenyataan kerajaan yang berkaitan dengan hak-hak orang Melayu sebagai berlawanan dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan, Dr Rais berkata, ia merupakan satu pandangan yang sempit dan tidak berlandaskan Perlembagaan.

Beliau berkata, pandangan pembangkang berkenaan Perlembagaan biasanya sempit dan hanya berkaitan dengan hak dan orang Melayu sahaja.

"Landasan Perlembagaan ialah Perkara 153 wujud di situ sebagai keistimewaan orang Melayu dan juga "the legitimate interest of the others communities" (kepentingan kaum-kaum lain mengikut undang-undang)...tapi orang tak ingat perkataan itu di bawah Perlembagaan, mereka ingat tentang orang Melayu sahaja.

"Sebenarnya perkataan atau ungkapan and the legitimate interest of the other communities adalah sebahagian daripada Perkara 153. Jadi, dengan perkataan itu bermakna hak majoriti orang Melayu di bawah 153 sudah ada dan kita tidak mengubahnya (Perlembagaan)," katanya.

Dr Rais berkata, gagasan 1Malaysia bukan mengubah perlembagaan sebaliknya hanya mengubah sikap masyarakat supaya menerima Perlembagaan negara seterusnya menerima 1Malaysia berasaskan perlembagaan tersebut.

Katanya, perkara mengenai kontrak sosial iaitu kuasa-kuasa raja, bahasa kebangsaan, hak-hak istimewa, hak-hak komuniti yang lain dan juga perkara berkaitan dengan agama, pilihan agama dan hak berpendidikan telah diterima umum sejak sekian lama.

"Jadi, kita jangan silap, perlembagaan itu harus dilihat semula, bukannya berdasarkan apa yang ditokok tambah. Kalau ada pihak-pihak yang masih memutar belitkan kenyataan itu terserah kepada mereka dan saya tidak gentar untuk menyatakan bahawa hak kita di bawah Perlembagaan jangan diusik dan kita perlu terus bina Malaysia atas realiti yang ada," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Konspirasi Anak-Beranak Dalam PKR?

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain