Presiden NUJ Sangkal Tuduhan Perkasa

PETALING JAYA: Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ), Hata Wahari menyangkal tuduhan Perkasa bahawa beliau merupakan penyokong parti pembangkang.

Presiden yang baru dilantik itu berkata pada Rabu, kenyataan ahli majlis tertinggi, Mohd Zahid Md Arip adalah 'tidak logik' dan 'tidak relevan'.

Hata memberi respon terhadap tuduhan Mohd Zahid bahawa beliau pro-Pakatan Rakyat, menurut laporan Utusan Malaysia, Selasa.

"Kenyataan Mohd Zahid, yang menggambarkan saya sebagai condong ke arah pembangkang, jelas menunjukkan bahawa Perkasa memihak kepada parti politik dan parti itu adalah Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan.

"Nasihat saya kepada Perkasa adalah menjaga ahli-ahlinya, melaksanakan tugas dan tanggung jawab seperti dimandatkan oleh ahli dan juga berlaku adil," kata Hata.

Hata juga berkata, NUJ merupakan organisasi bebas dan tidak menyokong mana-mana parti politik.

Sebaliknya, ia memperjuangkan etika kewartawanan bagi memastikan para wartawan mampu menjalankan tugas secara profesional tanpa berat sebelah, sekali gus memastikan laporan tepat dan telus.

"Sebagai presiden NUJ, saya menegakkan prinsip tersebut, di samping memperjuangkan lebih dari sekadar kewartawanan beretika.

"Perjuangan saya adalah untuk melihat akhbar di negara ini bebas daripada cengkaman tuan politik, sama ada Barisan, Pakatan Rakyat atau pemimpin politik lain."

Beliau menambah, media seharusnya menjadi milik masyarakat agar ia mampu benar-benar berkhidmat untuk mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain