suria

Pembunuhan Sosilawati: Misi Pencarian Telefon Bimbit Milik Mangsa

BANTING: Penyelam pasukan polis meneruskan usaha mencari bahan bukti dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya hari ini dalam misi mencari telefon bimbit milik mangsa dipercayai dicampakkan di dalam parit yang menghubungkan ke Sungai Lang dekat sini.

Pencarian yang bermula sejak pukul 10 pagi, Khamis, menyaksikan empat orang penyelam dari Unit Pasukan Marin menyusuri parit dalam pencarian itu.

Dipercayai telefon bimbit itu kepunyaan salah seorang mangsa dalam kes pembunuhan itu.

Turut kelihatan di tempat kejadian adalah P. Balasandram, suami kepada T.Selvi yang ditikam sehingga mati pada 2009 oleh seorang lelaki dipercayai diupah oleh suspek utama kes.

Salah seorang suspek juga turut dibawa ke tempat kejadian tetapi hanya menyaksikan kerja pencarian dari dalam kereta polis. Pihak polis bagaimanapun enggan mengulas mengenai misi pencarian itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain