suria

Penagih Dadah Mati Dibunuh Rakan Kurang Siuman

SETIU: Seorang penagih dadah dijumpai mati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh oleh rakannya yang kurang siuman di Felda Neram 2, Peringkat Tiga, Kemaman, Selasa.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata polis telah menahan rakan mangsa tersebut yang berumur 29 tahun yang juga penagih dadah, di Kuantan malam tadi untuk membantu siasatan.

"Siasatan awal polis mendapati suspek merupakan seorang pesakit mental," katanya di sini, Rabu.

Beliau berkata suspek dipercayai telah memukul kepala mangsa yang berumur 38 tahun dengan kayu sehingga menyebabkan kematian mangsa.

Sebatang kayu yang dipercayai digunakan suspek turut ditemui di tempat kejadian, kata Mohd Shukri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain