suria

Peguam Negara Kembalikan Kertas Siasatan Kes Sosilawati Kepada Polis

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara, Rabu, memaklumkan bahawa mereka telah mengembalikan laporan kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain kepada polis untuk diperincikan lagi.

Ketua Bahagian Pendakwaan jabatan itu, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah yang mengeluarkan satu kenyataan akhbar pada pukul 11 pagi menyebut:

"Kertas siasatan berkaitan dengan kes Datuk Sosilawati dan tiga yang lain telahpun dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September (Selasa) dan Peguam Negara telah mendapati banyak lagi perkara yang perlu dibuat siasatan lanjut."

Sehubungan dengan itu, katanya, Peguam Negara telah memberi beberapa arahan tertentu untuk dijalankan oleh pihak polis dan juga menyiasat kes-kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek-suspek berkenaan.

Menurut Tun Abd Majid lagi, kertas siasatan tersebut telahpun dikembalikan kepada pihak polis pada hari yang sama (Selasa).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain