Polis Temui Tengkorak Dan Rangka Manusia Di Tepi Lombong - Semasa | mStar

Polis Temui Tengkorak Dan Rangka Manusia Di Tepi Lombong

PORT DICKSON: Polis menemui tengkorak dan rangka manusia dipercayai seorang dewasa, di tepi sebuah lombong di Jalan Sua Betong berhampiran Kampung Barisan, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supritendan Baljeet Singh berkata rangka itu ditemui dalam keadaan terikat dengan wayar serta ditutup dengan selimut tebal.

"Keseluruhan mayat sudah reput dan hanya tulang yang dapat dikesan di situ," katanya, di sini hari ini.

Mengulas mengenai penemuan tersebut, beliau berkata seorang pemancing berusia 53 tahun telah menemui tengkorak itu pada Ahad lepas, namun dia yang tidak pasti dengan penemuannya telah bertindak menanam tengkorak tersebut.

Bagaimanapun selepas dinasihatkan rakan, dia membuat laporan polis semalam, dan sepasukan polis yang dihantar ke tempat tersebut telah menemui rangka berkenaan, kata beliau.

Baljeet berkata pihaknya yakin mangsa dibunuh di tempat lain dan mayatnya dibuang di situ.

Tengkorak dan rangka itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan," katanya yang turut meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-6472222 atau balai polis berdekatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Razali Wajar Terima Kekalahan - Azan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain