Mata Kanan Kakitangan Risda Yang Terkena Tembakan Disah Rosak - Semasa | mStar

Mata Kanan Kakitangan Risda Yang Terkena Tembakan Disah Rosak

KUANTAN: Mata kanan seorang petugas Risda yang terkena serpihan peluru penabur yang dilepaskan seorang pegawai polis ketika berburu di hutan Kemasul, Lanchang Sabtu lepas disahkan rosak.

Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Rosnah Ismail yang mengesahkan perkara iu, berkata serpihan peluru dalam mata kanan Abdul Ghani Midon, 49, bagaimanapun sudah dibersihkan.

"Mata kanannya rosak...sekarang ini dia stabil," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut mendapati terdapat serpihan peluru di bahagian leher mangsa.

Serpihan peluru itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat dengan bantuan beberapa pakar termasuk pakar pergigian, katanya.

Terdahulu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan melawat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Dalam kejadian pada 5.10 petang Sabtu lepas itu, Abdul Ghani dikatakan terkena serpihan peluru yang dilepaskan Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Fadzillah Mohamad ketika mereka memburu landak. - BERNAMA

Artikel Berikut

Nombor Plat 'MCA': Kong Cho Ha Kemuka Bukti

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain