Pemuda UMNO Yakin Capai Sasar 20,000 Pengundi Baru - Semasa | mStar

Pemuda UMNO Yakin Capai Sasar 20,000 Pengundi Baru

PARIT: Pergerakan Pemuda Umno yakin sasarannya untuk mendaftar lebih 20,000 pengundi baru sepanjang program rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Umno bahagian di seluruh negara akan dapat dicapai, kata Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno, Hisyamuddin Yahya.

Beliau berkata kaunter yang dibuka Pemuda Umno di majlis-majlis rumah terbuka yang diadakan telah mendapat sambutan menggalakkan.

"Sehingga kelmarin, semua kaunter yang dibuka sempena Hari Terbuka Aidilfitri di seluruh negara telah mencapai sebanyak 30 peratus dari apa yang disasarkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Umno Bahagian Parit di sini, Ahad.

Menurutnya, jika setiap bahagian mendaftarkan 100 orang pengundi baru sepanjang bulan Syawal, sasaran 20,000 orang pengundi baru itu akan dapat dicapai.

Terdahulu, Hisyamuddin turut menyaksikan majlis penyerahan borang permohonan keahlian Umno oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Parit Khairul Shahril Mohamad kepada bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parit, Faizal Effendi Hasim.

Jumaat lepas, empat pemimpin AMK Perak termasuk Faizal Effendi dan 72 anggota Wanita Cabang Ipoh Barat parti itu telah bertindak keluar daripada parti tersebut dan menyokong Barisan Nasional (BN).-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.