Pejabat Saya Tidak Digeledah Polis - Murugiah - Semasa | mStar

Pejabat Saya Tidak Digeledah Polis - Murugiah

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah berkata hari ini pejabatnya tidak pernah digeledah polis berhubung penyiasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain seperti dilaporkan beberapa media.

Katanya, laporan media kononnya polis menggeledah pejabat dan sebuah klinik milik keluarganya di sini Sabtu lepas adalah tidak benar sama sekali dan berpunca daripada khabar angin semata-mata.

Beliau berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sendiri memaklumkan kepadanya bahawa beliau tidak ada membuat sebarang kenyataan bahawa polis telah menggeledah pejabat dan kliniknya.

"Malam tadi Ismail bercakap menerusi telefon dengan saya sebanyak dua kali dan menafikan ada mengeluarkan kenyataan tersebut," katanya membuat penjelasan berhubung laporan media termasuk Bernama mengenai kes tersebut.

Katanya, beliau terpaksa membuat penjelasan ini kerana laporan media memberi gambaran seolah-olah penggeledahan polis ke atas pejabatnya benar-benar berlaku dan beliau tidak mahu laporan tidak tepat itu menimbulkan salah faham orang ramai terhadapnya.

Semalam, Ketua Polis Negara telah diminta media mengulas khabar angin kononnya polis telah menggeledah pejabat dan klinik diabetes milik keluarga Murugiah berhubung siasatan kes pembunuhan tersebut.

Murugiah mengulangi bahawa beliau tiada apa-apa hubungan dengan peguam yang mendakwa bergelar Datuk yang menjadi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

"Saya minta orang ramai jangan membuat tafsiran yang silap, suspek utama memang tidak ada hubungan apa-apa dengan saya. Saya cuma berjumpa dengannya pada 8 Sept lalu pada satu majlis yang saya hadiri sebagai timbalan menteri," kata beliau.

Murugiah juga berkata beliau akan membuat laporan polis bagi mengenal pasti dalang di sebalik penyebaran khabar angin kononnya pejabatnya digeledah polis.

Jumaat lepas, Murugiah membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (sms) yang mengaitkan beliau dengan peguam yang menjadi suspek utama kes pembunuhan berprofil tinggi itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pelajar IPTA Ditahan Kes Buang Bayi Di Jitra

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain