Tsu Koon Tolak EGM Gerakan P. Pinang - Semasa | mStar

Tsu Koon Tolak EGM Gerakan P. Pinang

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon secara peribadi berpendapat adalah tidak perlu untuk mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) bagi menyelesaikan masalah parti itu di Pulau Pinang.

Menurutnya, tindakan untuk mengadakan EGM adalah satu alternatif berdasarkan perlembangaan parti.

“Kami akur dengan kehendak sebahagian daripada perwakilan negeri yang mahukan EGM tersebut sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

“Kami juga sentiasa berkomunikasi dengan pemimpin tertinggi di peringkat negeri dengan kumpulan tertentu bagi mengetahui masalah sebenar yang berlaku dan bekerjasama dengan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Parti Gerakan di Menara PGRM di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, H'ng Khoon Leng yang mendesak Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan melepaskan jawatannya ekoran kenyataannya yang mendakwa Barisan Nasional tidak mampu merampas semula Pulau Pinang daripada DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Baru-baru ini, Hock Nan dalam sebuah portal pro-pembangkang berkata, DAP boleh mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri untuk sepenggal lagi.

Ekoran kenyataan itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berhasrat untuk berbincang dengan parti komponen BN lain supaya dapat mengambil alih kerusi yang diperuntukkan kepada Gerakan di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang sekiranya parti tersebut tidak yakin untuk bertanding.

Mengulas lanjut, Ksu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menafikan dakwaan beliau akan menghalang usaha sebahagian perwakilan di Pulau Pinang untuk mengadakan EGM tersebut.

“Sama ada EGM akan diadakan atau tidak, saya berharap keputusan akhir yang akan dicapai akan menghasilkan jalan penyelesaian lebih efektif dan ahli parti dapat bekerjsama dengan lebih erat demi memelihara perpaduan parti pada masa depan

“Ini adalah satu proses yang normal dan kita mengendalikan masalah ini dengan menggunakan kaedah yang paling efektif sebaik mungkin,” katanya.

Mengenai kenyataan Hock Nan yang mendakwa BN tidak mampu merampas Pulau Pinang daripada DAP, Tsu Koon berkata, pemimpin Gerakan itu sekadar menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan beradasarkan senario semasa secara jujur.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain