Pesakit Skizofrenia Tidak Dirawat Berisiko Empat Kali Ganda Lakukan Jenayah - Semasa | mStar

Pesakit Skizofrenia Tidak Dirawat Berisiko Empat Kali Ganda Lakukan Jenayah

KUALA LUMPUR: Pesakit skizofrenia atau gangguan mental yang tidak menerima rawatan mempunyai risiko melakukan jenayah empat kali ganda lebih tinggi berbanding pesakit yang dirawat secara berterusan.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia Dr Abdul Kadir Abu Bakar berkata sebaliknya bagi pesakit yang dirawat secara berterusan pula, risiko mereka melakukan jenayah adalah sangat rendah sekalipun jika dibanding dengan golongan yang sihat.

"Kami dapati jenayah dan tragedi berlaku kerana mereka yang menghidap sakit mental tidak melakukan rawatan susulan. Mereka mungkin dimasukkan ke hospital untuk seminggu dua, mereka balik dan mereka tidak makan ubat.

"Pesakit perlu diberi diagnosa dan rawatan cepat serta berterusan bagi menstabilkan emosi, mengurangkan daya agresif dan impulsif, seterusnya mengurangkan kecenderungan melakukan jenayah," katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.

Beliau yang ditemui pada sambutan Hari Kesedaran Skizofrenia 2010 berkata penghidap pada kalangan remaja lelaki paling berisiko melakukan keganasan, namun jika mendapat rawatan berterusan semua pesakit mampu sembuh dengan kadar kejayaan 80 peratus.

"Skizofrenia paling boleh dirawat. Anda tidak boleh tunggu golongan remaja ini meningkat usia. Rawatan juga sangat mudah. "Bagaimanapun, kira-kira 80 peratus pesakit tidak mahu terus menerima rawatan...mereka tidak suka makan ubat untuk jangka masa lama, mungkin kerana masalah kewangan atau ada orang kata tidak perlu ambil ubat," katanya.

Dr Abdul Kadir berkata kira-kira 2,000 orang didiagnos menghidap skizofrenia setiap tahun.

"Kadar insiden dari seluruh dunia pula ialah antara 15 dan 40 orang bagi setiap 100,000. Berdasarkan angka ini, malah jika diambil kira dengan kadar insiden paling rendah sekalipun kita masih gagal mengesan kira-kira 2,000 yang menghidap sakit mental," katanya.

Dr Abdul Kadir berkata peranan keluarga dan masyarakat adalah penting bagi memastikan pesakit terus dirawat dan kadar penyakit berulang juga kurang daripada satu peratus jika keluarga memainkan peranan.

Sementara itu, pada majlis hari ini Anggota Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental Tan Sri Lee Lam Thye dianugerah Pinel Award 2010 sebagai menghargai usahanya menerusi satu projek perintis kesihatan mental, manakala wartawan Noor Fazrina Kamal (Utusan Malaysia), Kasmiah Mustapha (New Straits Times) dan Lim Cho Noi (sin Chew Daily) menerima anugerah media.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Portal Malaysiakini Diserang Virus

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain