suria

Pemilihan PKR: Anwar Peroleh Pencalonan Pertama Cabar Wan Azizah

PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu memperoleh pencalonan pertama bagi pertandingan merebut jawatan presiden parti itu yang kini disandang isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Pencalonan tunggal itu setakat ini diperoleh daripada cabang Arau yang bermesyuarat pada hari tersebut.

Ketua Pemuda PKR cabang berkenaan, Tengku Putra Aelmi Sham Tengku Amiruddin berkata, keputusan itu dicapai secara majoriti daripada 61 perwakilan yang hadir.

Tengku Putra yang juga salah seorang perwakilan cabang itu memberitahu, dalam keputusan yang dicapai secara undi angkat tangan itu, pencalonan Anwar disokong oleh 54 perwakilan manakala tujuh berkecuali.

Bagaimanapun katanya, sebelum pengundian dijalankan terdapat seorang perwakilan yang bangun membantah cadangan itu kerana Anwar sebelum ini enggan dicalonkan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan kali ini.

Bagaimanapun, menurutnya bantahan itu tidak diterima kerana tidak mendapat sokongan daripada perwakilan.

"Mereka sebulat suara memilih mencalonkan Azmin Ali sebagai timbalan presiden," katanya yang dipetik daripada portal berita Malaysiakini.

Walaupun kemungkinan besar menolaknya, Anwar bagaimanapun masih memerlukan lagi satu pencalonan bagi bagi melayakkannya bertanding jawatan tersebut.

Daripada 18 cabang keputusan pencalonnnya sudah diketahui hari ini, Wan Azizah setakat ini jauh di depan Anwar dengan pencalonan sebanyak 17.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain