suria

Dua Suspek Kes Ugut Isteri Jutawan India Direman Tujuh Hari

SEPANG: Mahkamah Majistret Litar di sini, Sabtu membenarkan permohonan polis untuk menahan reman dua suspek kes ugut isteri seorang jutawan India yang dilaporkan hilang di Banting, di sini sejak awal tahun ini.

Majistret Hurman Hussain membenarkan kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengugut isteri jutawan itu yang juga warganegara India, S.Usharani, 24.

Kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan perbuatan mengugut Usharani bagi memperoleh wang RM100,000 sebagai pendahuluan 10 peratus daripada RM1juta yang kononnya bagi membebaskan suamninya, Allal Kathan Muturaja.

Jutawan berumur 34 tahun itu dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini. Kedua-dua lelaki itu dibawa ke mahkamah kira-kira jam 9 pagi tadi dan perintah reman itu dikeluarkan kira-kira sejam kemudian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain