suria

Lagi Sokongan Pemimpin Kanan PKR Kepada Azmin

KUCHING: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman masing-masing mengisytiharkan sokongan mereka kepada calon timbalan presiden, Azmin Ali ketika ditemui dalam satu majlis makan malam di sini, Khamis.

“Saya percaya bahawa siapa sahaja yang anda pilih untuk sokong atau undi dalam mana-mana pemilihan pun, anda mestilah terlebih dahulu mengenali calon itu. Dalam hubungan ini, saya menyokong Azmin dalam usahanya untuk bertanding jawatan timbalan presiden,” ujarnya sambil menambah azmin telah bersama-sama dengan parti itu dalam waktu susah dan senang.

Mansor yang turut ditemui dalam majlis itu juga menyatakan sokongannya secara terbuka kepada Azmin.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi PKR Sarawak, Jimmy Donald, yang juga merupakan bekas ahli Parlimen Sri Aman turut mengumumkan sokongannya kepada Azmin dan akan meminta ahli-ahli parti di Sarawak agar melakukan perkara yang sama.

“Walaupun kita tidak dibenarkan berkempen sewaktu majlis makan malam ini tetapi saya ingin menyatakan hasrat saya untuk menyokong Azmin memandangkan beliau telahpun mengisytiharkan hasratnya untuk bertanding,” ujar Jimmy.

Artikel Lain