suria

Ketua Polis Negara Mahu Setiap Kes Yang Dilaporkan Diambil Tindakan Segera

KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mahu setiap kes yang dilapor kepada pasukan itu diambil tindakan segera agar dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Sehubungan itu kata beliau, semua anggota dan pegawai pasukan tersebut harus meningkatkan kecekapan masing-masing demi memastikan pihak yang bersalah dapat dibawa ke muka pengadilan.

Pada masa yang sama tugas tersebut mesti dilaksana dengan bersandarkan lunas undang-undang agar tidak mencemarkan imej profesion kepolisan, katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja pertamanya ke Sabah, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan, dekat sini Jumaat.

Selain itu, Ismail berkata bilangan anggota dan pegawai polis juga akan ditambah dalam tempoh lima tahun akan datang bagi memperkasakan lagi pasukan tersebut.

Mengulas isu berlainan, beliau berkata pihaknya akan terus meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan pulau dan sempadan perairan negara bagi mengelak dicerobohi anasir luar.

Katanya operasi berkenaan membabitkan kerjasama anggota keselamatan negara dengan pasukan keselamatan negara jiran. -BERNAMA

Artikel Lain