Kes Bunuh Sosilawati, Pemimpin Politik Jangan Buat Tafsiran Sendiri - Semasa | mStar

Kes Bunuh Sosilawati, Pemimpin Politik Jangan Buat Tafsiran Sendiri

KULIM: Pemimpin politik di negara ini sepatutnya tidak membuat tafsiran sendiri mengenai kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan orang ramai.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail Nasution berkata semua pihak sepatutnya bermengambil sikap bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa iaitu polis dan Jabatan Peguam Negara untuk menjalankan tugas mereka.

"Jika terlalu banyak pihak membuat pelbagai tafsiran...akan menjadi lebih mengelirukan terutama persepsi umum terhadap kes yang belum selesai," katanya kepada pemberita selepas program Rapat 1Malaysia di sini petang Khamis.

Lebih 500 peserta terdiri daripada ketua-ketua cawangan dan anggota jawatankuasa parti komponen Barisan Nasional (BN) Bahagian Kulim/Bandar Baharu hadir pada majlis anjuran Penyelaras Parlimen kawasan berkenaan sebagai sebahagian majlis menyambut Hari Malaysia.

Hadir sama Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang juga Penyelaras Parlimen kawasan itu.

Sahlan berkata mana-mana pihak tidak perlu turut masuk campur dengan tugas polis dan menyerahkan kepada pihak berkenaan menjalankan tugas mereka secara profesional kerana kelak akan lebih mengelirukan lagi suasana.

"Adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan untuk memastikan tugas yang dijalankan pihak polis adalah memuaskan dan adil untuk semua pihak," katanya.

Sementara itu, Sahlan berkata ada kumpulan-kumpulan yang telah mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya satu Suruhanjaya Kesamarataan diwujudkan tetapi sehingga kini kerajaan tidak menerima ataupun menolaknya.

"Ia adalah satu cadangan yang dikemukakan kepada Perdana Menteri dan terpulang kepada beliau untuk membuat pertimbangannya," katanya.

Beliau menegaskan bahawa Perdana Menteri masih kekal dengan prinsip "keadilan untuk semua". -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain