suria

Pengelola Istana Kelantan Dirawat Di Hospital

KOTA BHARU: Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad kini menerima rawatan di Hospital Pakar Perdana sejak Rabu selepas mengadu mengalami kepenatan.

Beliau menafikan bahawa beliau dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah jantung.

"Saya masuk Hospital (Pakar) Perdana semalam. Saya bukan sakit, cuma datang buat pemeriksaan kerana beberapa minggu telah bekerja siang dan malam.

"Saya tidak ada sebarang penyakit dan ini adalah pemeriksaan biasa setelah penat bekerja sejak dua minggu lepas tanpa henti dan memerlukan pemeriksaan kesihatan saya dilakukan," katanya.

Abdul Halim berkata Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah berangkat melawatnya pada 11 malam Rabu.

Katanya antara yang turut melawat beliau ialah termasuk beberapa anggota kerabat Diraja Kelantan serta pegawai-pegawai kerajaan negeri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain