suria

Mayat Lelaki Berkecai Akibat Kemalangan Di Lebuhraya Utara-Selatan

IPOH: Seorang pemandu terbunuh selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar di Km 346.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Sungkai, 100km dari sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa masih belum dikenali kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui tetapi dipercayai lelaki berbangsa Melayu kerana ada al-Quran didapati berhampiran keretanya.

Mayat itu ditemui di atas lebuh raya dalam keadaan berkecai akibat di gilis beberapa kenderaan yang melalui lebuh raya berkenaan, katanya ketika dihubungi Rabu.

Beliau berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 1.30 pagi ketika mangsa yang memandu sendirian dalam perjalanan dari Selatan ke Utara dengan kereta jenis BMW, dikatakan terbabas dan merempuh penghadang tengah lebuh raya dan terbakar serta mangsa tercampak keluar.

Mayat mangsa ditemui berkecai dan dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat, katanya.

Sehubungan itu polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau waris yang kehilangan anggota keluarga supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di nombor telefon 05-401222 untuk membantu siasatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

18 Maut Hari Ke-11 Ops Sikap Ke-22

Artikel Lain