Rangka Manusia Ditemui Dalam Belukar Dekat Bukit Mantin - Semasa | mStar

Rangka Manusia Ditemui Dalam Belukar Dekat Bukit Mantin

SEREMBAN: Satu rangka manusia ditemui oleh seorang lelaki yang sedang mencari buluh di dalam belukar berdekatan dengan Bukit Mantin, Batu 7, jalan Seremban-Mantin di sini pagi Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Supt Mohd Yusoff Awang berkata ia dipercayai rangka seorang lelaki berumur 25 tahun ke atas yang ditempatkan di kawasan belukar itu sejak 2 minggu lepas.

Beliau berkata rangka itu ditemui pada kira-kira pukul 8 pagi dalam keadaan mengiring dengan mulutnya disumbat kain dan ditutup dengan pita pelekat berwarna merah.

Menurutnya turut dijumpai pada rangka itu ialah sebuah jam tangan berjenama Tag Heuer dan sekotak rokok Marlboro.

"Ada cebisan kulit pada betis kanan rangka itu dan ada tatu yang pudar.

"Bangsanya tidak dapat dipastikan dan tingginya antara 175 dan 180sm," katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Yusoff seterusnya meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga di kawasan berhampiran supaya menghubungi ibu pejabat Polis Daerah Seremban dengan menelefon 06-6033222 bagi membantu siasatan.

Sementara itu seorang saksi, Mohd Japri Che Mustafa yang menemui rangka itu ketika dihubungi Bernama berkata, beliau ke kawasan belukar itu untuk mencari buluh.

"Bila sampai, saya terbau bau busuk yang amat sangat. Selepas mencari punca bau, saya ternampak rangka itu," kata beliau yang merupakan pekerja sebuah pusat pemeliharaan pokok. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Rakyat Gembira Pemasyhuran Sultan Kelantan Baru

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.